Tuesday, July 27, 2010


Tahun lepas, saya memilih badminton sebagai kegiatan luar darjah saya. Oleh kerana kegiatan ini telah dibubarkan , saya pun memilh Kelab Persekitaran ataupun Environmental Club.
Setiap hari Khamis, dari pukul satu setengah hingga tiga setengah petang, saya dan kawan-kawan saya akan berkumpul sebelum memulakan aktiviti kami. Kami menanam bunga, memungut sampah dan membersihkan kawasan sekolah. Ada masanya kami harus menolong guru kami untuk mengangkat beg plastik berisi tanah.
Walaupun kegiatan ini memerlukan masa di luar dan terpaksa berpanas ,tetapi ia menyeronokkan. Saya mempelajari bagaimana menjaga alam sekitar dan bumi kita.

Tuesday, July 20, 2010

Permainan yang paling saya gemari




Permainan yang paling saya gemari ialah bola sepak. Saya suka permainan itu kerana ia menyihat kan badan saya dan rasanya seronok. Ia dapat mengeluarkan peluh kerana kita perlu banyak berlari.

Saya amat gembira apabila berjaya menjaringkan gol. Saya mula bermain pada usia lapan tahun. Sebenarnya,bermian bola tidaklah begitu sukar. Kita harus tumpukan perhatian pada permainan itu setiap kali beraksi.

Kita juga harus mencari jalan bagaimana hendak menjaringkan gol. Saya selalu bermain bersama abang saya jika ada masa lapang. Kami juga bermain pada hari Sabtu. Kami akan bermain "game FIFA" sahaja di rumah jika hari hujan.