Tuesday, July 27, 2010


Tahun lepas, saya memilih badminton sebagai kegiatan luar darjah saya. Oleh kerana kegiatan ini telah dibubarkan , saya pun memilh Kelab Persekitaran ataupun Environmental Club.
Setiap hari Khamis, dari pukul satu setengah hingga tiga setengah petang, saya dan kawan-kawan saya akan berkumpul sebelum memulakan aktiviti kami. Kami menanam bunga, memungut sampah dan membersihkan kawasan sekolah. Ada masanya kami harus menolong guru kami untuk mengangkat beg plastik berisi tanah.
Walaupun kegiatan ini memerlukan masa di luar dan terpaksa berpanas ,tetapi ia menyeronokkan. Saya mempelajari bagaimana menjaga alam sekitar dan bumi kita.

No comments:

Post a Comment